Wednesday 25 May 2011

PENANGKIS SIHIR



Berikut kisah benar yang berlaku di sebuah kampung di Lenggong, Perak. Seorang lelaki pulang ke kampung setelah berpuluh tahun merantau. Beliau merasa sangat gembira ketika bertemu seorang rakan lamanya. Rakan itu juga menunjukkan reaksi yang sama lantas menepuk bahunya.

Malam itu, lelaki itu itu tidak dapat melelapkan mata kerana terasa amat sakit pada bahunya. Semakin lama sakitnya semakin menyengat. Tengah malam, beliau bangun dan mengejutkan adik iparnya. Lalu mengadu tentang kesakitan yang amat sangat yang sedang dialaminya. Adik iparnya merasa tak sedap hati lalu bertanya, "Siang tadi ada tak sape-sape tepuk bahu abang?"

"Ada, Mat Najib (bukan nama sebenar) tepuk aku petang tadi," jawab lelaki itu. Mendengar jawapan itu, adik iparnya lantas berkata, "Sebenarnya dia tu dok amalkan ilmu sihir. Ramai dah yang kena tepuk dengan dia. Sekarang orang tak mahu dekati dia lagi."

"Oh, begitu ke! Aku ingatkan sakit sebab naik bas jauh perjalanan tadi," bebel lelaki berkenaan.

Oleh kerana telah mengetahui punca kesakitan itu, maka lelaki itu lantas berwudhuk dan membaca ayat-ayat Al Quran yang di senaraikan pada botol Kismis Penyubur Minda. Dibacanya Al Fatihah 3 kali, salawat 3 kali, ayat kursi 3 kali dan ayat 118-120 Surah Al A'raf dan ayat 79-82 Surah Yunus. Setelah itu ditiupnya tapak tangan dan disapu pada tempat yang terasa sakit.

Dengan kuasa Allah, beberapa ketika kemudian kesakitannya beransur pulih dan beliau dapat tidur nyenyak hingga ke subuh.

Pagi itu, lelaki ini berjalan kaki menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati lelaki yang dikatakan mengamalkan ilmu sihir itu turut sama hadir untuk solat Subuh di masjid. "Ahli sihirpun solat Subuh juga ke?" Getus hati kecilnya.

Selesai memberi salam, lelaki itu bergerak sedikit ke belakang daripada lelaki sihir itu. Diulangnya bacaan ayat-ayat berkenaan secara perlahan dan kemudian ditiupnya ke arah lelaki sihir itu. Walaupun jarak antara kedua-dua orang ini agak jauh, namun sebaik sahaja ditiup, lelaki sihir itu bingkas bangun dan lari keluar daripada masjid.

Hingga kini, lelaki ini tidak tahu apa sebenarnya dirasai oleh lelaki si tukang sihir itu sama ada dia merasa panas, sakit, pedih atau apa-apa yang menyakitkan setelah terkena bacaan ayat-ayat dari surah Al A'raf dan Yunus itu.

Walaubagaimanapun lelaki ini tetap yakin dengan ayat-ayat Allah yang mengandungi mukjizat hingga akhir zaman. Subhanallah....



Sunday 22 May 2011

KPM Kini Boleh Didapati Di Pasar Raya Halal Metamorf Pantai Dalam

Bermula Sabtu lalu, Kismis Penyubur Minda mula dijual di Pasar Raya HALAL METAMORF Pantai Dalam. Penduduk sekitar yang ingin mendapatkan kismis berkenaan, bolehlah berkunjung ke pasar raya milik orang Islam yang terletak berhadapan dengan stesen komuter Pantai Dalam itu.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pengurusan pasar raya di talian berikut: 017-2747511.

Thursday 14 April 2011

Khasiat ayat 118-120 surah Al A'raf dan ayat 79-82 surah Yunus

Ayat-ayat ini adalah antara komponan ayat Al Quran yang di bacakan pada Kismis Penyubur Minda.

Isi ayat:
Ia mengisahkan pertembungan antara haq dan batil apabila Firaun mengerahkan para ahli sihirnya untuk menentang kuasa Allah menerusi nabi Musa AS. Pertembungan bersejarah itu menyaksikan kuasa Allah berjaya menewaskan tipudaya ahli sihir. Kekalahan ini memberikan keinsafan kepada para ahli sihir lantas mereka sujud kepada Allah tanda keimanan.

Kelebihan:
Dengan keyakinan kepada kebenaran ayat-ayat Allah maka ayat-ayat ini boleh dibacakan untuk mengatasi masalah sihir, gangguan makhluk halus dan histeria. Amalan yang dicadangkan:

1. Dimulakan dengan Al Fatihah (3X)
2. Ayat Kursi (3X)
3. Salawat (3X)
4. Bacalah ayat2 ini.

Boleh juga dibacakan pada air untuk diberi minum atau mandikan pesakit.

Tuesday 15 February 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432

Testimoni

Seorang hamba Allah memberitahu, setelah dia mengamalkan Kismis Penyubur Minda, tubuhnya terasa sangat panas. Sebenarnya kismis tidak bertindak memanaskan badan. Tetapi setelah kami menyiasat kes ini, didapati pengadu telah mengalami gangguan makhluk halus sejak sekian lama. Suami pengadu juga dikatakan mengakui isterinya sering menerima gangguan.

Maka dapat disimpulkan bahawa kismis yang sudah dibacakan ayat-ayat Al Quran ini sangat tidak disukai oleh makhluk halus. Makhluk jin dicipta daripada api, justeru, mungkin itu yang menyebabkannya merasa panas.

Sebagai alternatifnya, pengguna dinasihatkan terus memakan kismis berkenaan disamping menjadikan ayat-ayat Al Quran itu sebagai amalan berterusan. Ayat-ayat berkenaan ada ditulis pada botol Kismis Penyubur Minda. Insya Allah, lama kelamaan, makhluk yang telah bersarang di dalam tubuh itu akan lari meninggalkannya.

Kesemuanya berlaku dengan kehendak Allah. Yakinlah bahawa hanya Allah yang maha mampu menyelesaikan masalah manusia.


Tuesday 8 February 2011

KEISTIMEWAAN KISMIS PENYUBUR MINDA

Tidak perlu diragukan lagi khasiat kismis. Tetapi apa yang istimewa tentang produk keluaran kami ini ialah kualiti buah dan juga komponan doa dan ayat Al Quran yang dibacakan.

Kismis ini dipilih dari jenis antara yang terbaik di Iran. Ia dikeringkan menggunakan kaedah semula jadi dengan memanfaatkan cahaya matahari ciptaan Allah.

Kismis ini kemudian dibacakan doa, ayat-ayat Al Quran dan salawat yang sangat baik untuk:

1. Menyuburkan minda dan menerang hati - amat sesuai untuk mereka yang menghafaz Al Quran dan sedang menghadapi peperiksaan.

2. Mengelak daripada gangguan makhluk halus dan sihir - amat baik untu pelajar perempuan yang tinggal di asrama yang berisiko histeria.

Monday 18 January 2010

Kismis Penyubur Minda


Sempena musim baru persekolahan, kami menawarkan kepada anda KISMIS PENYUBUR MINDA.

Sebagai ikhtiar, ia telah dibacakan doa dan ayat-ayat al Quran untuk PENERANG HATI dan usaha MENANGKIS SIHIR & GANGGUAN MAKHLUK HALUS.

Harga sebotol RM10 (250g). Kami mengalu-alukan anda yang berminat untuk menjadi ejen dan pengedar produk sunnah ini.

Hubungi saya 019-9602045.