Thursday 14 April 2011

Khasiat ayat 118-120 surah Al A'raf dan ayat 79-82 surah Yunus

Ayat-ayat ini adalah antara komponan ayat Al Quran yang di bacakan pada Kismis Penyubur Minda.

Isi ayat:
Ia mengisahkan pertembungan antara haq dan batil apabila Firaun mengerahkan para ahli sihirnya untuk menentang kuasa Allah menerusi nabi Musa AS. Pertembungan bersejarah itu menyaksikan kuasa Allah berjaya menewaskan tipudaya ahli sihir. Kekalahan ini memberikan keinsafan kepada para ahli sihir lantas mereka sujud kepada Allah tanda keimanan.

Kelebihan:
Dengan keyakinan kepada kebenaran ayat-ayat Allah maka ayat-ayat ini boleh dibacakan untuk mengatasi masalah sihir, gangguan makhluk halus dan histeria. Amalan yang dicadangkan:

1. Dimulakan dengan Al Fatihah (3X)
2. Ayat Kursi (3X)
3. Salawat (3X)
4. Bacalah ayat2 ini.

Boleh juga dibacakan pada air untuk diberi minum atau mandikan pesakit.

No comments:

Post a Comment