Tuesday 15 February 2011

Testimoni

Seorang hamba Allah memberitahu, setelah dia mengamalkan Kismis Penyubur Minda, tubuhnya terasa sangat panas. Sebenarnya kismis tidak bertindak memanaskan badan. Tetapi setelah kami menyiasat kes ini, didapati pengadu telah mengalami gangguan makhluk halus sejak sekian lama. Suami pengadu juga dikatakan mengakui isterinya sering menerima gangguan.

Maka dapat disimpulkan bahawa kismis yang sudah dibacakan ayat-ayat Al Quran ini sangat tidak disukai oleh makhluk halus. Makhluk jin dicipta daripada api, justeru, mungkin itu yang menyebabkannya merasa panas.

Sebagai alternatifnya, pengguna dinasihatkan terus memakan kismis berkenaan disamping menjadikan ayat-ayat Al Quran itu sebagai amalan berterusan. Ayat-ayat berkenaan ada ditulis pada botol Kismis Penyubur Minda. Insya Allah, lama kelamaan, makhluk yang telah bersarang di dalam tubuh itu akan lari meninggalkannya.

Kesemuanya berlaku dengan kehendak Allah. Yakinlah bahawa hanya Allah yang maha mampu menyelesaikan masalah manusia.


No comments:

Post a Comment