Wednesday 25 May 2011

PENANGKIS SIHIR



Berikut kisah benar yang berlaku di sebuah kampung di Lenggong, Perak. Seorang lelaki pulang ke kampung setelah berpuluh tahun merantau. Beliau merasa sangat gembira ketika bertemu seorang rakan lamanya. Rakan itu juga menunjukkan reaksi yang sama lantas menepuk bahunya.

Malam itu, lelaki itu itu tidak dapat melelapkan mata kerana terasa amat sakit pada bahunya. Semakin lama sakitnya semakin menyengat. Tengah malam, beliau bangun dan mengejutkan adik iparnya. Lalu mengadu tentang kesakitan yang amat sangat yang sedang dialaminya. Adik iparnya merasa tak sedap hati lalu bertanya, "Siang tadi ada tak sape-sape tepuk bahu abang?"

"Ada, Mat Najib (bukan nama sebenar) tepuk aku petang tadi," jawab lelaki itu. Mendengar jawapan itu, adik iparnya lantas berkata, "Sebenarnya dia tu dok amalkan ilmu sihir. Ramai dah yang kena tepuk dengan dia. Sekarang orang tak mahu dekati dia lagi."

"Oh, begitu ke! Aku ingatkan sakit sebab naik bas jauh perjalanan tadi," bebel lelaki berkenaan.

Oleh kerana telah mengetahui punca kesakitan itu, maka lelaki itu lantas berwudhuk dan membaca ayat-ayat Al Quran yang di senaraikan pada botol Kismis Penyubur Minda. Dibacanya Al Fatihah 3 kali, salawat 3 kali, ayat kursi 3 kali dan ayat 118-120 Surah Al A'raf dan ayat 79-82 Surah Yunus. Setelah itu ditiupnya tapak tangan dan disapu pada tempat yang terasa sakit.

Dengan kuasa Allah, beberapa ketika kemudian kesakitannya beransur pulih dan beliau dapat tidur nyenyak hingga ke subuh.

Pagi itu, lelaki ini berjalan kaki menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati lelaki yang dikatakan mengamalkan ilmu sihir itu turut sama hadir untuk solat Subuh di masjid. "Ahli sihirpun solat Subuh juga ke?" Getus hati kecilnya.

Selesai memberi salam, lelaki itu bergerak sedikit ke belakang daripada lelaki sihir itu. Diulangnya bacaan ayat-ayat berkenaan secara perlahan dan kemudian ditiupnya ke arah lelaki sihir itu. Walaupun jarak antara kedua-dua orang ini agak jauh, namun sebaik sahaja ditiup, lelaki sihir itu bingkas bangun dan lari keluar daripada masjid.

Hingga kini, lelaki ini tidak tahu apa sebenarnya dirasai oleh lelaki si tukang sihir itu sama ada dia merasa panas, sakit, pedih atau apa-apa yang menyakitkan setelah terkena bacaan ayat-ayat dari surah Al A'raf dan Yunus itu.

Walaubagaimanapun lelaki ini tetap yakin dengan ayat-ayat Allah yang mengandungi mukjizat hingga akhir zaman. Subhanallah....



No comments:

Post a Comment